the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UNCTAD gesa pemimpin dunia turunkan kos hutang, stabilkan perdagangan

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Rebeca Grynspan, memberi amaran bahawa ekonomi dunia kini berada di persimpangan dengan tarif yang semakin meningkat, bayaran hutang mencatat rekod dan rasa tidak percaya yang kian menebal mengekang pembangunan.

Grynspan menggesa para pemimpin yang berhimpun bagi sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA80) agar menurunkan kos hutang, menstabilkan perdagangan, merancakkan pelaburan dan mendukung transformasi digital.

Beliau berkata ekonomi global kini sedang dibentuk semula di bawah tekanan, dengan negara termiskin menanggung kos paling besar.

Tarif yang dikenakan oleh ekonomi utama, termasuk Amerika Syarikat, meningkat tahun ini daripada purata 2.8 peratus kepada lebih 20 peratus.

Grynspan menegaskan bahawa ketidaktentuan ialah tarif paling tinggi yang melemahkan pelaburan, memperlahankan pertumbuhan dan menjadikan perdagangan sebagai laluan pembangunan semakin sukar.

Isu hutang turut menjadi tema utama UNGA80 dengan negara membangun membayar rekod 921 bilion dolar AS dalam bentuk faedah pada 2024.

Seramai 3.4 bilion orang kini tinggal di negara yang membelanjakan lebih banyak untuk perkhidmatan hutang berbanding kesihatan atau pendidikan.

Grynspan menekankan bahawa ini bukan krisis hutang tetapi krisis pembangunan di mana pasaran tidak dalam krisis tetapi rakyat yang menderita.

Lebih 50 ekonomi membangun memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus hasil cukai mereka untuk bayaran faedah, meninggalkan hanya sedikit baki untuk sekolah, hospital atau infrastruktur.

Beliau menyatakan kerajaan dipaksa membuat pilihan mustahil antara ingkar terhadap pemiutang atau ingkar terhadap rakyat mereka.

Ekonomi digital pula sedang berkembang pesat dengan ekonomi membangun melepasi paras 1 trilion dolar AS dalam eksport perkhidmatan digital pada 2023.

Pasaran global untuk perkhidmatan digital bernilai 4.5 trilion dolar AS manakala kecerdasan buatan dijangka berkembang 25 kali ganda dalam tempoh sedekad akan datang.

Namun manfaat ekonomi digital masih tidak seimbang dengan hanya sepertiga penduduk di negara paling kurang membangun mempunyai akses internet.

Perkhidmatan digital menyumbang hanya 20 peratus daripada eksport di negara paling kurang membangun.

UNCTAD menyeru pelaburan dalam infrastruktur, data dan kemahiran, di samping inisiatif global supaya transformasi digital menjadi pemacu pembangunan.

Grynspan menyifatkan konteks global hari ini sebagai momen peralihan di mana hasil bergantung kepada pilihan para pemimpin.

Kehadiran lebih 150 ketua negara dan ketua kerajaan di UNGA80 membuktikan multilateralisme masih wujud.

Beliau menegaskan multipolariti harus memperluas pusat, bukan menggantikannya dengan lebih banyak suara menjadikan sistem lebih kukuh. – Bernama-WAM

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings