the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita warga emas rugi RM60,000 akibat tipu ritual buang sial

SIBU: Seorang wanita warga emas mengalami kerugian melebihi RM60,000 selepas diperdaya oleh tawaran seorang bomoh yang mendakwa mampu membuang sial kononnya boleh mendatangkan kecelakaan kepada ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili menyatakan kejadian itu bermula apabila mangsa berusia 70-an didatangi seorang wanita tidak dikenali di kawasan pasar Sibu yang bertanyakan lokasi kedai ubat tradisional Cina.

“Berdasarkan loghat percakapan wanita itu, suspek disyaki warga China,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak lama kemudian seorang lagi wanita dengan loghat sama turut bertanyakan lokasi tempat sembahyang untuk membuang sial.

Mangsa kemudian dibawa berjalan kaki ke kawasan tempat letak kereta berdekatan sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan bersama tiga wanita asing terbabit.

“Mangsa dimaklumkan bahawa dirinya mempunyai sial yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada ahli keluarga sekiranya tidak dibuang melalui ritual khas.”

Akibat ketakutan mangsa akur dengan arahan suspek.

Mangsa telah menyerahkan wang tunai serta barang kemas berjumlah RM60,794 sebagai syarat ritual.

Selepas upacara ritual palsu itu mangsa diberi bungkusan plastik hitam dan diarahkan supaya membukanya selepas seminggu.

Apabila anak mangsa membuka bungkusan berkenaan ia hanya mengandungi mi segera satu kilogram garam dan empat botol air mineral.

Menyedari dirinya ditipu mangsa membuat laporan polis.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sibu menerima laporan itu pada hari sama dan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Zulkipli menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali yang menawarkan rawatan tradisional ritual atau upacara buang sial dengan meminta wang tunai atau barang kemas.

“Jangan mudah terpedaya dengan ugutan atau janji yang menimbulkan rasa takut kerana ia boleh menjadikan anda mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ice, snow tourism boosts cultural exchanges between China, Russia

ARXAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 December 2025 - The 20th Arxan Ice and Snow Festival kicked off on Nov. 15. Arxan, located at the southwestern foot of the Dahinggan Mountains and at the intersection of four major grasslands, has become an increasingly popular tourist destination in recent years thanks to its ice and snow and hot spring resources.

Xiamen resumes direct yacht services

Xiamen has resumed direct yacht services to Hong Kong after a six-year pause, enhancing cross-border travel and expanding the city’s diversified port network that now includes air travel, cruise routes, and yacht operations.

Rehda calls for data-driven housing reforms

alaysia’s affordable housing policies are struggling to keep pace with demographic shifts and market realities, according to the Rehda Institute, which called for a data-driven approach to reform quota requirements and pricing mechanisms.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories