the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut terjatuh dari tingkat tiga bangunan di Pudu

Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di Pudu ketika cuba mengambil bola pikel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Pudu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata mangsa berusia 32 tahun itu terjatuh ketika cuba mengambil bola pikel malam tadi.

Beliau berkata sebelum kejadian, mangsa sedang bermain bola pikel di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Mangsa kemudian memanjat pagar di tepi gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh ke tingkat bawah.

Polis menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 9.43 malam.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam kenyataan berasingan, Mohamad Lazim memaklumkan seorang lelaki berusia 77 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah kediaman di Setapak pagi tadi.

Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian kedua itu pada pukul 8.01 pagi.

Mangsa ditemukan di bahagian belakang pondok pengawal dalam keadaan terlentang.

Kes itu juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings