the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas ditemukan mati seorang diri dalam rumah di Kuala Krai

KUALA KRAI: Seorang warga emas lelaki ditemukan telah meninggal dunia seorang diri di dalam sebuah rumah dekat Taman Orkid di sini oleh orang awam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata mayat lelaki berusia 61 tahun itu, ditemukan pada 9.53 malam dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah tersebut.

“Keadaan mayat sudah berbau busuk sehingga mengeluarkan cairan hitam dan hasil siasatan mendapati lelaki terbabit tidak berkahwin serta tinggal di rumah bersendirian.

“Pemeriksaan ke atas badan mayat pula tidak menemui sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan kegiatan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk bedah siasat dan siasatan terperinci masih dijalankan oleh pihaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings