Wednesday, November 12, 2025
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas Miri hilang RM588,000 akibat penipuan dalam talian

MIRI: Seorang peniaga wanita warga emas kehilangan wang simpanan sebanyak RM588,000 akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan mangsa berusia 61 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai National Scam Response Centre (NSRC).

Mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek yang berpura-pura sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Suspek tersebut memaklumkan kononnya wanita itu perlu membuat pengesahan harta dengan memindahkan semua wang simpanannya ke akaun bank tertentu bagi tujuan audit.

Mangsa yang tertipu dengan helah tersebut membuat beberapa transaksi pemindahan wang melalui kaunter bank berjumlah keseluruhan RM588,000.

Wanita itu hanya menyedari ditipu selepas suspek berulang kali meminta bayaran tambahan daripada dirinya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.

Mohd Farhan menasihati masyarakat untuk lebih berwaspada, tidak panik dan tidak mendedahkan maklumat peribadi melalui telefon walaupun pemanggil mendakwa daripada agensi rasmi.

Orang ramai diminta menyemak kesahihan sebarang panggilan mencurigakan melalui saluran rasmi dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

HKSTP Debuts at SWITCH 2025 Singapore with Hong Kong Startups Shining at Prestigious SLINGSHOT Pitch Event

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 11 November 2025– Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) showcased a delegation of 10 standout startups from AI, Urban & Environment and Health & Wellness for its first-ever HKSTP pavilion at Singapore Week of Innovation and Technology (SWITCH) 2025, held on 29-31 October.
spot_img

Popular Categories