the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BNM: Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$108.5b pada akhir Oktober

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$108.5 bilion pada 31 Okt, 2023.

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$96.5 bilion); kedudukan rizab Tabung Kewangan Antabangsa (IMF) (US$1.3 bilion); hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion); emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.7 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM610.34 juta merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM509.36 bilion); Kertas Kerajaan Malaysia (RM13.01 Bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM23.99 bilion); tanah dan bangunan (RM4.14 bilion), serta aset-aset Lain (RM59.84 bilion) .

BNM memaklumkan bahawa modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM165.01 juta), mata wang dalam edaran (RM158.20 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM172.78 bilion); deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM4.61 bilion) serta lain-lain (RM37.87 bilion), Kertas Bank Negara (RM36.76 bilion); peruntukan hak pengeluaran khas (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.16 bilion). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img