the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Buruh mengaku tidak bersalah cederakan bapa kandung dengan parang

KUALA LUMPUR: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan kepala dan leher bapa kandungnya dengan sebilah parang, minggu lepas.

G. Sridharan, 22, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pemandu lori, N. Gobhi, 58, di sebuah rumah di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang pada 5.30 pagi, 17 Mac lepas mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh berdepan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang mana tertuduh boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu.

Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta menetapkan 29 April ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh diwakili peguam S. Muthuveeran.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, pengawal keselamatan R. Kiriraj, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bapa tirinya, Ibrahim Mohamad Ismail, 45, dengan menggunakan parang di sebuah rumah di Batu Caves pada 12.30 tengah malam, 1 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.

Hakim Nor Rajiah Mat Zin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 5 April untuk sebutan kes.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal dan peguam Sarabmeet Singh mewakili tertuduh. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings