the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Chow: Projek SPRWTS tidak perlukan loji terawat di P.Pinang

GEORGE TOWN: Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) tidak memerlukan loji rawatan air ditempatkan di Pulau Pinang memandangkan negeri itu akan mendapatkan bekalan air terawat dari Perak.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow (gambar) berkata bagaimanapun, perbincangan berkaitan projek itu masih diteruskan dari semasa ke semasa dan beberapa ketetapan termasuk isu lokasi loji rawatan air berkenaan belum dimuktamadkan.

“Kita mencapai satu pencapaian iaitu pihak kerajaan Perak akhirnya setuju menimbang penjualan air terawat kepada Pulau Pinang dan setakat ini cuma berlaku satu mesyuarat sahaja selepas keputusan itu diperingkat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) dua negeri.

“Masih banyak perlu dirunding, jadi saya minta semua tenang biar pasukan SUK masing-masing meneruskan rundingan dan satu ketika nanti wakil kementerian juga akan masuk untuk berunding bagi mencapai persetujuan dasar,“ katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata Perak telah bersetuju secara prinsip untuk memberikan air terawat kepada Pulau Pinang, namun keputusan muktamad hanya akan diketahui selepas rundingan dari semasa ke semasa yang melibatkan syarikat air kedua-dua negeri.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebuah jawatankuasa bersama ditubuhkan kedua-dua kerajaan negeri untuk mengkaji segala kos sebelum proses memohon peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi pembinaan loji rawatan air di daerah Kerian, utara Perak.

Terdahulu, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) ketika perbahasan pada Persidangan DUN mempersoal mengapa loji bekalan air tidak dibina di Pulau Pinang selepas Perak bersetuju membekalkan air kepada negeri itu.

“Biasanya loji rawatan air akan terletak dalam negeri pengguna seperti di Melaka yang dapat air mentah dari Johor tetapi LRA di Melaka, dan Selangor yang dapat air mentah dari Pahang tetapi LRA di Selangor,“ menurut Lim.

Chow mencelah dan memberitahu bahawa ada perbezaan antara bekalan air mentah dan air terawat serta beberapa negeri yang disebut Lim adalah dibekalkan air mentah manakala Pulau Pinang menerima air terawat dari Perak.

“Kita terima air mentah yang sudah dirawat dari Perak, jadi apa keperluan loji rawatan air lagi di sini (Pulau Pinang). Negeri lain (terima) air mentah, air mentah kena rawatlah,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings