the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Diskaun saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani bermula 8 hingga 10 Dis ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

“Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Dis (Jumaat) dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Dis (Sabtu dan Ahad),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu menerusi portal dan aplikasi MyBayar PDRM, sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan proses pembayaran saman. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings