the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DOSM: Banci Ekonomi 2023 rekod 1.2 juta pertubuhan, 949,360 aktif dalam perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) telah menyenaraikan sejumlah 1.2 juta pertubuhan di negara ini dalam Banci Ekonomi 2023 yang dijalankan dari April hingga September 2023.

Berdasarkan penemuan operasi banci bagi tahun rujukan 2022, 1.09 juta atau 86.6 peratus, daripada jumlah pertubuhan yang direkodkan adalah masih beroperasi atau aktif, manakala 4.9 peratus pertubuhan telah berhenti dan 8.5 peratus tidak beroperasi.

“Daripada 1.09 juta pertubuhan aktif pada 2022, 949,360 berada dalam sektor perkhidmatan atau 87.1 peratus bahagian.

“Ini diikuti sektor pembinaan dengan 71,165 pertubuhan (6.5 peratus), sektor pembuatan dengan 54,484 pertubuhan (5.0 peratus), sektor pertanian dengan 13,271 pertubuhan (1.2 peratus), sektor perlombongan dan kuari dengan 1,350 pertubuhan (0.1 peratus),” kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan.

Dalam sektor perkhidmatan, subsektor perdagangan borong serta runcit merekodkan peratusan tertinggi iaitu 47.0 peratus, diikuti subsektor makanan dan minuman (14.4 peratus), subsektor perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti (6.8 peratus).”

Sektor pembinaan menunjukkan bahawa aktiviti pertukangan khas merupakan penyumbang utama dengan 36.5 peratus, diikuti kejuruteraan awam (22.7 peratus) dan bangunan bukan kediaman (22.4 peratus).

Sementara itu, bagi sektor pembuatan, subsektor produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka menyumbang peratusan tertinggi dengan 19.0 peratus, diikuti produk kayu, perabot, keluaran kertas serta percetakan (17.9 peratus) dan produk makanan (17.0 peratus).

“Dalam sektor pertanian, subsektor tanaman adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak 69.8 peratus, diikuti ternakan, yang menyumbang 15.1 peratus dan perikanan (10.0 peratus),” katanya lagi.

Manakala untuk sektor perlombongan dan pengkuarian, subsektor perlombongan mineral serta pengkuarian adalah penyumbang terbanyak dengan 81.2 peratus, diikuti petroleum dan gas asli (18.8 peratus).

Mengulas lanjut, Mohd Uzir menjelaskan bahawa negeri yang mempunyai peratusan pertubuhan aktif tertinggi ialah Selangor yang mencatatkan 25.3 peratus, diikuti Kuala Lumpur (13.8 peratus) dan Johor (11.4 peratus).

Dari segi pertubuhan perniagaan yang ditutup, sektor perkhidmatan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 88.3 peratus daripada 61,165 pertubuhan. Ini diikuti dengan sektor pembinaan (5.3 peratus), pembuatan (5.0 peratus), sektor pertanian (0.8 peratus) serta sektor perlombongan dan pengkuarian (0.5 peratus).

“Pengenaan sekatan sosial serta ekonomi di seluruh negara pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19 telah menjejaskan ekonomi selain mendorong penutupan aktiviti perniagaan khususnya pertubuhan bersaiz mikro dan kecil.

Penemuan yang lebih terperinci laporan Banci Ekonomi 2023 dijangka dikeluarkan menjelang penghujung Mac 2024.

Susulan penerbitan ini, beberapa lapoan yang diperoleh daripada banci tersebut akan dikeluarkan pada tahap yang berbeza, yang akan memberikan analisis yang berharga. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings