the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat lelaki ditahan disyaki curi kabel

IPOH: Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua yang berusia lingkungan 38 hingga 42 tahun itu diberkas di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah.

“Dalam kejadian 19 Feb lepas, polis cuba menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dalam keadaan mencurigakan dan telah melarikan diri.

“Hebahan bantuan telah dilakukan dan beberapa kereta peronda polis ditugaskan mengejar kenderaan itu hingga ke Lebuhraya Utara-Selatan, namun kesemua individu yang berada di dalam kenderaan itu berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lanjutan daripada tindakan, sepasukan anggota polis berjaya menahan empat lelaki, semalam, di Padang Serai dan Sungai Petani.

Menurut Mohd Yusri hasil soal siasat, mereka mengaku terlibat dalam kes kecurian kabel di Taman Ipoh Jaya selain beberapa lagi kes sama di sekitar bandar raya ini.

Polis, katanya turut merampas pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel daripada mereka.

Saringan awal air kencing mendapati kesemua lelaki itu positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan mereka direman hingga 1 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings