the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gunung berapi Dukono di Indonesia meletus

JAKARTA: Gunung berapi Dukono di bahagian timur Indonesia meletus pagi Rabu, mendorong pihak berkuasa menasihatkan penduduk dan pelancong supaya mengelak sebarang aktiviti dalam lingkungan dua kilometer dari gunung berapi itu.

Selain itu, penduduk berhampiran kawah Malupang-Warirang di Halmahera Utara, sebahagian daripada Kepulauan Maluku, dinasihatkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko ancaman masalah pernafasan, menurut agensi volkanologi Indonesia (PVMBG).

“Letusan berkala mengeluarkan abu gunung berapi mencecah ketinggian antara 100-1,900 meter dengan tebaran abu mengikut arah dan kelajuan angin,“ kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Walaupun kekerapan letusan berkurangan, data rakaman gegaran PVMBG menunjukkan tanda-tanda bekalan magma meningkat ke permukaan. Sehingga kini, tahap aktiviti gunung berapi kekal pada tahap II atau ‘Alert’ (bersiap-sedia).

Menurut Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Halmahera Utara, Hence Heteria, letusan Dukono bermula pukul 8 malam waktu tempatan pada 8 Okt lepas, selepas berlaku bunyi dentuman dan letupan kuat.

“Letusan itu menyebabkan hujan abu gunung berapi meliputi empat mukim setakat ini,” katanya.

Empat mukim yang terdedah kepada abu gunung berapi itu termasuk Tobelo Utara, Tobelo, Tobelo Tengah dan Tobelo Selatan, melibatkan 49 kampung dan menjejaskan 86,197 penduduk.

Beliau bekata letusan itu tidak memberi kesan ketara kepada masyarakat, namun pihak berkuasa tetap bersiap sedia mengedarkan 8,000 hingga 10,000 pelitup muka sehari.

Gunung Dukoni setinggi 1,087 meter dari aras laut, mempunyai dua kawah aktif, termasuk Malupang-Warirang yang menjadikannya antara gunung berapa paling aktif dan kerap meletus sehingga kini.

Ia meletus pada skala yang lebih kecil pada tahun 1719, 1868, dan 1901 dan secara berterusan meletus sejak 1933, menyebabkan kerosakan tanpa kemalangan jiwa. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings