the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Haji 2024: Kesemua 25 syarikat PJH sedia Pakej Rahmah bawah RM50,000

KUALA LUMPUR: Kesemua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (gambar) berkata semua PJH yang dilesenkan telah memberi jaminan bahawa mereka menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan pakej tersebut kepada bakal jemaah yang memilih untuk tidak menunaikan ibadat haji menerusi pakej Muassasah TH.

“TH telah meminta semua PJH adakan Pakej Rahmah seperti tahun lepas, Alhamdulilah mereka semua menyambut usaha ini. PJH memainkan peranan dalam membantu bakal haji dengan menyediakan pakej pada harga munasabah dan setiap PJH akan tawarkan Pakej Rahmah, selain pakej lain yang mereka sediakan.

“..bawah RM50,000 adalah harga yang munasabah. Jika kita lihat, bayaran penuh bagi jemaah Muassasah pada tahun lepas adalah RM30,850. Jadi, bakal jemaah yang pilih untuk menunaikan haji menerusi PJH hanya perlu tambah sedikit sahaja sudah dapat pergi melalui Pakej Rahmah,“ katanya pada sidang media prapelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bakal jemaah yang terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini hanya memilih pakej disediakan oleh 25 PJH yang dilesenkan agar tidak menjadi mangsa tipu.

“Kita tidak mahu ada bakal haji yang diperdaya atau menerima perkhidmatan yang kurang daripada apa yang telah mereka janjikan. TH menilai syarikat yang mempunyai kewibawaan, kewangan yang kukuh serta pengurusan dan pengalaman yang baik sebelum memilih mereka sebagai PJH.

“…TH akan memastikan perkhidmatan dan kemudahan yang dijanjikan PJH dalam tawaran pakej semuanya disampaikan kepada para jemaah…kami menubuhkan pasukan pemantau untuk tujuan ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihaknya akan membuat pengumuman mengenai harga atau bayaran bagi pakej Muassasah serta pengeluaran surat tawaran kepada mereka yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini dalam masa terdekat.

Mengenai penganjuran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024, Syed Saleh berkata ia akan diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di Sepang, Selangor pada 19 hingga 21 Jan ini.

Menurutnya, karnival yang menyediakan 140 reruai daripada syarikat berkaitan urusan haji termasuk 25 syarikat PJH itu dianjurkan bagi menyediakan peluang kepada bakal jemaah untuk memilih dan membandingkan pakej yang disediakan PJH.

“Karnival ini juga adalah usaha serampang dua mata iaitu selain mempromosikan pakej haji, umrah dan pelancongan, ia juga satu platform untuk menyampaikan kepada orang ramai bahawa hanya syarikat berlesen sahaja yang boleh menyediakan perkhidmatan pengelolaan haji,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings