the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hannah minta Mohamad Norza pertimbang keputusan letak jawatan Presiden BAM

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (gambar) secara terbuka meminta Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mempertimbangkan semula keputusan untuk melepaskan jawatannya, pada hujung tahun ini.

Menurut Hannah Sukan Olimpik Paris 2024 hanya tinggal beberapa bulan lagi dan sukan badminton membentuk blok majoriti atlet dalam program Road To Gold (RTG).

“Kita perlu fokus dan mengurangkan gangguan semasa tempoh persediaan yang penting ini,“ katanya menerusi hantaran di laman X miliknya, hari ini.

Beliau berkata RTG ditubuhkan untuk bertahan dengan perubahan kepimpinan dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ataupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan mempunyai dua pengerusi bersama.

“RTG telah ditubuhkan untuk berdepan perubahan secara tiba-tiba pemimpin di KBS atau MOM dengan mempunyai dua pengerusi bersama. Walaupun begitu, saya berharap pengerusi bersama saya Tan Sri Norza, akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden BAM menjelang berakhirnya tahun ini,” katanya.

Pada Julai lepas, Norza yang juga Presiden MOM mengumumkan untuk meninggalkan BAM selepas Sukan Olimpik Paris 2024, namun membuat kejutan pada Ogos apabila mengumumkan untuk berundur pada hujung tahun ini.

Spekulasi mengenai pengisian jawatan tertinggi BAM akhirnya terjawab pada Oktober lepas selepas ahli majlis badan itu sebulat suara bersetuju menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai presiden baharu mereka. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings