the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JDT lanjut kontrak Arif Aiman

JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melanjutkan kontrak bintang muda sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi.

Bagaimanapun, JDT menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini, tidak mendedahkan tempoh kontrak baharu pemain sayap berusia 21 tahun itu.

“Kelab Bolasepak JDT dan Arif Aiman telah melanjutkan kontrak selepas musim 2023 yang mengagumkan, di mana pemain muda itu menjaringkan sebanyak 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, Arif Aiman yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai pada musim 2021 dan 2022, melakukan debut dengan skuad senior pada Mac 2020.

Sebelum itu, Arif Aiman menyertai Akademi JDT pada 2018 sebelum dinaikkan pangkat daripada pasukan JDT IV, JDT III dan JDT II hingga ke skuad senior. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings