the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KADA: Benih padi di Kelantan mencukupi

KOTA BHARU: Stok bekalan benih padi sebanyak 1.4 juta beg yang tersedia berbanding 200,000 beg yang diperlukan, amat mencukupi untuk keseluruhan penanaman padi di Kelantan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Muhammad Husin berkata pihaknya sudah melakukan perbincangan dengan pengilang bagi memastikan bekalan benih padi sentiasa mencukupi.

Beliau berkata pesawah juga tidak perlu gusar kerana bekalan sudah ada dan mencukupi di samping harga yang dijual iaitu RM45 setiap beg amat berpatutan dengan harga sebelum ini RM55 setiap beg.

“Bagi penanaman padi musim kedua 2023 yang dijangka bermula 17 Dis ini, kita juga telah menghantar pegawai untuk berjumpa pengilang di Kedah dan mereka bersetuju untuk hantar sebanyak 20,000 beg benih padi sekiranya ada pesawah sudah bersedia.

“Bagi menggelak kerosakan akibat banjir, penanaman kali ini agak lewat dan ‘lari’ daripada Jadual Kebangsaan terutamanya bagi kawasan penanaman di Kota Bharu Utara (KBU) dan Kota Bharu Selatan (KBS) yang melibatkan 1,200 pesawah dengan keluasan 7,000 hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 65 kakitangan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KADA 2022 di sini hari ini.

Mengulas mengenai bantuan banjir kepada pesawah yang terkesan, Muhammad berkata KADA memang sentiasa memantau dan menjaga kebajikan pesawah termasuk bantuan segera dari segi barangan keperluan melalui Bakul Rahmah.

“Golongan petani dan pesawah ini juga telah menerima RM600 bagi semusim penanaman dan boleh digunakan di saat memerlukan seperti banjir.

“Untuk kerosakan padi kita akan ambil maklumat pesawah melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan, manakala laporan mengenainya akan dihantar ke pihak kementerian,” katanya.

Beliau berkata tahap bayaran pampasan biasanya akan dilihat kepada umur padi yang rosak serta keluasan kawasan penanaman. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings