the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam rampas rokok bernilai RM4.35 juta

KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 5.9 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4.35 juta menerusi dua operasi berasingan di Seri Kembangan dan Kuala Lumpur pada 22 dan 29 Februari lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata rampasan pertama sebanyak dua juta batang rokok putih dibuat selepas pihaknya menyerbu sebuah gudang tidak berpenghuni di Seri Kembangan.

“Menerusi serbuan ini, kita temukan dua juta batang rokok dianggar bernilai RM1.33 juta. Kesemua barang rampasan telah disita dan dibawa ke Stor Penguatkuasaan Pelabuhan Utara untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di sini hari ini.

Beliau berkata rampasan kedua pada 29 Februari pula dilakukan menerusi satu serbuan terhadap sebuah lori di Lebuh Raya Karak – Kuala Lumpur, yang berjaya menemukan sejumlah 3.9 juta batang rokok putih dengan nilai dianggarkan RM3.01 juta.

Sazali berkata seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemandu lori terbabit turut ditahan dan kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan dan mengangkut barang larangan.

Dalam kes berlainan, Sazali berkata Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah telah menahan empat kontena mengandungi bateri terpakai dianggarkan bernilai RM1.17 juta, dipercayai tidak mempunyai permit di Pelabuhan Barat di sini pada 28 Feb lepas.

Beliau berkata kontena itu ditahan selepas imbasan terhadap kesemua kontena menunjukkan imej yang meragukan serta tidak konsisten dengan deskripsi dagangan yang diikrar.

Modus operandi yang digunakan oleh pihak sindiket adalah dengan mengikrar dagangan sebagai Aluminium Flakes melalui Borang Kastam 1 bagi mengelak dikesan oleh pihak kastam, katanya.

Sazali berkata sehari selepas itu, dua lagi kontena mengandungi rokok, minuman keras dan sisa elektronik bernilai RM1.52 juta turut ditahan di pelabuhan sama selepas cubaan mengelirukan pihak berkuasa gagal.

“Modus operandi yang digunakan adalah sama iaitu mengikrar dagangan sebagai Copper Alloy melalui borang manifes bagi mengelak dikesan pihak kastam”, katanya dan menambah kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Police hunt for man driving against traffic, hitting two vehicles on NSE

Acting Rembau district police chief DSP Azmi Ali said the incident occurred after the police ordered the 30-year-old driver to stop following a check that found the road tax and insurance for the Volkswagen Passat vehicle had expired.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings