the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran tahfiz: Rayuan pemuda disabitkan kesalahan membunuh dijadualkan semula 21 Mac

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menjadualkan semula kepada 21 Mac depan, bagi mendengar rayuan pemuda berusia 22 tahun terhadap sabitan kesalahan membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pada 2017.

Peguamnya Haijan Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu telah dijadualkan semula.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 21 Feb untuk pendengaran rayuan kes itu.

Pemuda itu yang berusia 16 tahun ketika kejadian didapati bersalah terhadap pembunuhan itu, dan diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020, untuk ditahan atas perkenan Yang-di-Pertuan Agong.

Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi telah membebaskan pemuda kedua daripada tuduhan membunuh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang di pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di ibu negara, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Pada 11 Sept lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan pemuda itu dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara.

Panel hakim yang sama turut menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan seorang lagi pemuda, juga berumur 22 tahun, daripada tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri. Lelaki itu juga berusia 16 tahun ketika kejadian.

Difahamkan tiada notis rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pemuda itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings