the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu yang terdiri daripada bekas anggota badan kehakiman serta tujuh balu pesara hakim untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.

Saman itu telah difailkan selepas mereka mendakwa kerajaan gagal menetapkan kadar bersesuaian bagi kenaikan pencen dan faedah yang diterima sejak 2015.

Peguam Christopher Leong, yang mewakili plaintif, berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di sini hari ini.

“Mahkamah memberi masa kepada kedua-dua pihak meneruskan perbincangan tanpa prejudis dalam usaha menyelesaikan kes itu dan menetapkan 5 Mac ini untuk mereka memaklumkan perkembangan terkini kepada mahkamah,” katanya.

Perkara itu turut disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Samsul Bolhassan, yang bertindak bagi pihak kerajaan.

Pada 6 Okt 2022, mahkamah sama telah memberi masa selama dua bulan kepada kerajaan untuk meneliti kemungkinan mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan saman itu.

Saman itu, yang difailkan pada 24 Jan 2022, menyaksikan plaintif menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.

Mereka memohon deklarasi bahawa kegagalan untuk menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain bagi setiap plaintif mengikut Seksyen 15B(2) Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) melalui perintah dalam Warta telah melanggar Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan.

Turut dimohon perintah bahawa defendan kedua atau ketiga (Perdana Menteri dan Jemaah Menteri) hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain yang diberikan kepada setiap plaintif berkuat kuasa dari 1 Julai 2015 mengikut Seksyen 15B(2) Akta 45.

Plaintif juga berkata mengikut Seksyen 15B Akta Saraan Hakim 1971, pencen hakim bersara dan orang tanggungan hakim yang telah meninggal dunia diselaraskan secara automatik berdasarkan gaji semasa hakim masih berkhidmat yang disemak secara berperingkat dari semasa ke semasa sebagaimana yang wajib dilakukan menurut Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings