the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan teliti implikasi, syarat cadangan letak SPRM di bawah parlimen – PM Anwar

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan akan meneliti implikasi berhubung cadangan untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata syarat-syarat ketat mengenai cadangan itu juga perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

“Hal itu (meletakkan SPRM di bawah Parlimen) harus kita bincang … kita kena teliti syarat-syarat ketat (sebelum melaksanakannya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kenduri bersempena dengan sambutan Aidiladha kenalan lama beliau Hamzah Mat Isa di Mengkuang Semarak dekat sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan SPRM kini kelihatan lebih “garang” berbanding dahulu.

Anwar berkata walaupun berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab badan itu untuk menjalankan siasatan sekiranya terdapat salah laku tanpa mengira status seseorang.

“Sekarang ini yang penting siasat dan ada bukti yang nyata, dan dakwa. Itu yang penting, kemudian gunakan penghujahan teknikal, jangan lari daripada kenyataan. Saya tidak peduli, jangan reka, jangan aniaya, ada bukti jawab, ada fakta jawab, itu yang penting,” katanya.

Ahad lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika menjadi tetamu audio siar bersama sebuah penerbitan berita tidak bersetuju dengan cadangan untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen kerana SPRM satu-satunya agensi dipantau lima badan bebas berbanding Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong yang dipantau empat badan pengawasan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri juga berikrar untuk menjadikan Cherok Tokun sebagai sebuah Kampung MADANI yang hebat di bawah inisiatif menjadikan ia kampung angkat beliau.

Terdahulu, Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa-masa kira 45 minit beramah mesra serta menyantuni tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings