the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN Kelantan rampas 570 liter diesel dan 150 liter petrol

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sejumlah 570 liter diesel dan 150 liter petrol menerusi Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di tiga lokasi berasingan di Tumpat semalam.

Pengarahnya, Azman Ismail (gambar) berkata operasi dilakukan bermula 8 pagi bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya mengesan tiga aktiviti penyeludupan barang kawalan berkenaan selain menyita dua kenderaan termasuk sebuah lori.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah transit di Kampung Telaga Lanas di Pengkalan Kubor pada jam 12 tengah hari menemukan 150 liter petrol di dalam tangki kenderaan jenis Ssayayong Rexton yang telah diubah suai.

“Serbuan kedua dilakukan pada jam 12.15 tengah hari dan berjaya merampas 345 liter diesel dalam beberapa tong plastik yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah transit di kampung yang sama,“ katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, serbuan ketiga yang dilakukan pada 4.30 petang di Jalan Kubang Panjang di Pengkalan Kubor pula berjaya merampas 225 liter diesel dalam sebuah lori jenis Hicom.

Azman berkata diesel berkenaan diisi dalam beberapa tong plastik dan ditutup dengan kain bagi mengelak aktiviti tersebut dikesan pihak berkuasa.

Katanya, KPDN turut menahan pemandu lori berkenaan yang berusia 20-an dan ketiga-tiga kes di siasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Siasatan lanjut mendapati kenderaan tersebut mengisi bahan kawalan berkenaan berulang kali di beberapa stesen minyak sekitar Kota Bharu sebelum dibawa ke beberapa pengkalan haram di Tumpat untuk diseludup ke negara jiran,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings