the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN P.Pinang rampas pakaian berjenama tiruan bernilai RM40,400

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang lelaki bersama pelbagai pakaian berjenama dipercayai tiruan bernilai RM40,400 di Desa Intan, Lebuhraya Thein Teik di sini hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri A. Mogan berkata pihaknya menerima aduan daripada wakil syarikat Cap Dagang terdapat barangan mengunakan jenama tiruan sebelum pihaknya menjalankan risikan dan menyerbu rumah pangsapuri itu pada 3 petang hari ini.

Katanya semasa serbuan, terdapat seorang lelaki berusia 26 tahun dan rumah tiga bilik tersebut penuh dengan pelbagai barangan terutama pakaian berjenama terkenal yang dipercayai tiruan.

“Pemeriksaan lanjut dijalankan dan 5,050 helai pakaian pelbagai jenama terkenal dipercayai tiruan antaranya Nike, Puma, Adidas dan Channel dirampas yang kesemuanya bernilai RM40,400.

“Hasil siasatan lelaki itu mengaku menyewa rumah tersebut RM500 sebulan dan menjadikan ia sebagai pusat penyimpanan, pusat pemasaran dan pusat transaksi jualan pakaian tersebut menerusi secara langsung di beberapa platform media sosial,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mogan, rumah itu dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut sejak 2022 dan suspek mampu mengaut sehingga RM1,000 bagi setiap sesi jualan langsung di platform media sosial dan suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sendirian.

Beliau berkata lelaki itu mendapatkan stok daripada pengesar tempatan di beberapa negeri terutama ibu kota dan jualan pakaian berjenama tersebut dipercayai untuk pasaran sempena Tahun Baharu Cina nanti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam kawalan bagi maksud perdagangan suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah dibawah Seksyen 100 Akta yang sama. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings