the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM terus usaha atasi kesenjangan murid akibat kemiskinan multidimensi

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan akan terus membantu pelajar yang tercicir akibat kemiskinan multidimensi, dalam memastikan kesenjangan murid dapat diatasi sekali gus memperbaiki pencapaian murid Malaysia dalam laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), akan datang.

Menterinya Fadhlina Sidek (gambar) berkata melalui gerak kerja dan usaha yang dilakukan kementerian itu sejak setahun lalu, mereka telah berjaya menghasilkan beberapa kisah yang berjaya dan berharap semua pihak akan terus berada dalam jalur gerak kerja yang sama, untuk memperkukuh kualiti pendidikan negara.

Beliau berkata antara penyumbang yang dikenal pasti kepada penurunan pencapaian itu, termasuklah penutupan sekolah dalam tempoh yang panjang akibat pandemik COVID-19 dan kemiskinan multidimensi seperti miskin peranti, akses internet ruang dan peluang untuk pendidikan.

“Semua masalah itu telah kita tangani dan akan terus kita tangani, dengan apa kita telah lakukan termasuk apabila kita luncurkan Dasar Pendidikan Digital ini, juga sebahagian yang mahu kita pertingkatkan dalam konteks PISA akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dengan KPM, di sini hari ini.

Fadhlina berkata usaha itu juga, merangkumi program pengukuhan literasi dan numerasi yang menjadi sebahagian gerak kerja KPM, sepanjang setahun ini.

Pencapaian Malaysia dalam PISA 2022 yang diumumkan minggu lalu, menunjukkan penurunan bagi tiga literasi yang ditaksir iaitu bacaan, matematik dan saintifik, berbanding skor yang diperoleh pada 2018.

Sementara itu, mengenai rungutan dalam kalangan ibu bapa berkenaan penganjuran hari graduasi sekolah yang diadakan di hotel dan melibatkan perbelanjaan yang mewah, Fadhlina berharap perbincangan diadakan di antara ibu bapa dan pihak sekolah, termasuk melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

“Mesti kena ada perbincangan yang dipersetujui secara bersama di antara ibu bapa dan sekolah, di mana program itu diadakan mengikut kemampuan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings