the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini – Allaudeen

KUALA LUMPUR: Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan ‘Langkah Dubai’yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid (gambar) ketika dihubungi Bernama malam ini berkata kesemua laporan polis yang diterima itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Che’Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Beliau berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Katanya, sehingga Selasa lalu, pihaknya menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings