the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LHDN: Permohonan pembatalan sekatan perjalanan melalui e-sekatan perjalanan bermula 4 Mac

PUTRAJAYA: Permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian bermula 4 Mac menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

e-Sekatan Perjalanan boleh diakses melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Sekatan Perjalanan.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan bagi pembatalan sekatan perjalanan hanya dibenarkan kepada pemohon yang memenuhi semua kriteria iaitu sekatan perjalanan melibatkan individu warganegara Malaysia.

Kriteria lain termasuk sekatan perjalanan yang dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967; selain sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas pengarah syarikat dan membuat bayaran penuh amaun tunggakan cukai.

Menurut kenyataan itu bagi tujuan bayaran penuh amaun tunggakan cukai, pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan ByrHASiL https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/ atau menerusi perbankan internet bank terpilih dengan menggunakan Nombor Bil sekatan perjalanan.

LHDN memaklumkan permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel MyTax pembayar cukai.

Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi pejabat HASiL berhampiran atau HASiL Care Centre di talian 03-8911 1000. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Jamf launches AI Governance, a first-of-its-kind native AI control plane for Mac

Jamf, the standard in managing and securing Apple at work, has announced general availability of AI Governance, a new capability within Jamf for Mac that enables IT and security teams to discover actively-used AI tools, enforce policy controls, and generate audit-ready reporting.

TrueHealth Medical lands on HKEX as the first Hong Kong-listed percutaneous surgical robotics player,...

TrueHealth Medical debuted on the Hong Kong Stock Exchange as the first listed specialist in percutaneous surgical robotics, with shares surging 216.96% on the first trading day. The company plans to accelerate commercialization, R&D and expansion of its minimally invasive oncology robotics portfolio.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings