the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Kerajaan setuju secara dasar benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan pada dasarnya bersetuju membenarkan syarikat penerbangan mengenakan bayaran tambahan bagi menampung pelepasan karbon mereka.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat penerbangan tertentu akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka.

“Sudah tentu Malaysia juga akan mengambil langkah-langkah tertentu, namun ia tidak diwajibkan untuk semua syarikat penerbangan,“ kata Loke kepada pemberita selepas program ‘Sua Kasih MADANI’ kementerian di sini hari ini.

Beliau mengulas sama ada Malaysia akan mengikut langkah Singapura yang mengenakan levi bahan api hijau ke atas penerbangan mulai 2026.

Setakat ini syarikat penerbangan di negara ini digalak menerapkan penggunaan SAF, namun ia melibatkan kos tertentu.

“Beberapa syarikat penerbangan telah menghubungi kementerian untuk meminta kebenaran membuat pindaan tertentu bagi levi karbon, tetapi itu tidak wajib bagi syarikat penerbangan,” katanya.

Loke berkata syarikat penerbangan belum mengenakan levi kerana akan ada pindaan tertentu yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Tatakelakuan) 2018 oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

“Kos yang minimum mungkin dikenakan. Pertamanya kerana objektif kami adalah untuk tidak membebankan pengguna, tetapi kita mempunyai kewajipan bahawa setiap negara harus mematuhi pengurangan karbon ini,“ katanya.

Loke berkata mengenakan terlalu banyak levi akan ‘membunuh’ industri dan tidak menggalakkan dari segi ekonomi dan orang ramai daripada menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan.

“Oleh itu kami perlu mengambil pendekatan yang seimbang antara kewajipan dan pengguna serta beban yang perlu ditanggung syarikat penerbangan untuk mengurangkan pelepasan karbon. Walaupun ada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, ia mestilah sangat minimum,” katanya.

Loke berkata walaupun kementerian membenarkan syarikat penerbangan menggunakan pendekatan berbeza untuk menampung pelepasan karbon selain levi karbon, beliau menekankan langkah lain perlu diambil seperti mengoptimumkan kecekapan operasi syarikat penerbangan dan pengurusan trafik udara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings