the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB Johor: Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam merealisasikan hasrat Johor menjadi negeri maju menjelang 2030.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (gambar) berkata Pemangku Sultan itu sentiasa memberi penekanan terhadap pendidikan di semua peringkat bermula daripada sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Sebab itu Tunku Ismail memberi penekanan yang cukup besar supaya kerajaan dapat bersama-sama membentuk Bangsa Johor yang mempunyai tahap pendidikan yang baik, mutu pelajaran yang membanggakan dan jiwa untuk berkhidmat dan berbakti kepada bumi bertuah ini. Itu yang saya nampak dalam karektor baginda.

“Saya yakin daripada segi visi, harapan dan aspirasi, Tunku Ismail selari dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahu membangunkan negeri ini, seperti yang sepatutnya berlaku,“ katanya kepada Bernama dalam temu bual di kediaman rasminya di Saujana di sini baru-baru ini.

Tunku Ismail, yang merupakan anakanda sulung daripada enam adik beradik itu, dilantik Pemangku Sultan Johor selepas ayahandanya Sultan Ibrahim memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan ini.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan ini.

Menurut Menteri Besar Johor itu, Tunku Ismail merupakan seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu hal dan bukan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ apabila telah menetapkan sesuatu matlamat untuk negeri ini.

“Sebab itu, kalau kita tengok daripada segi (pasukan bola sepak) Johor Darul Ta’zim (JDT), bukan nak berlagak tetapi standard JDT memang luar biasa. Berapa kali kita jadi juara, 10 tahun berturut-turut. Tahun lepas kita capai 100 jaringan gol semasa perlawanan terakhir. Ini semua menunjukkan ciri-ciri Tunku Ismail dalam melakukan sesuatu,“ katanya.

Beliau berkata ciri-ciri yang dimiliki Tunku Ismail itu juga terserlah sewaktu baginda menzahirkan penubuhan pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) yang dibarisi ribuan generasi muda Bangsa Johor daripada pelbagai latar belakang kaum dengan menggenggam satu misi yang sama iaitu untuk berbakti kepada negeri.

“Saya mula berkhidmat di bawah naungan Tunku Ismail apabila menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor. Pada masa itu, kita menggerakkan SV untuk meningkatkan kadar vaksinasi Bangsa Johor ketika pandemik COVID-19. Pada awalnya Johor adalah antara negeri yang terendah dari segi peratusan (vaksinasi) tetapi dalam masa sebulan kita menjadi negeri dengan peratusan tertinggi. SV yang di bawah naungan baginda telah membantu (ke arah) usaha itu.

“Selain itu baginda turut fokus membangunkan pusat aktiviti anak muda menerusi Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang akan dibina di kesemua 10 daerah di negeri ini dalam tempoh lima tahun bermula 2022. TMIYC menempatkan pelbagai aktiviti untuk golongan belia dan anak muda menjalankan gaya hidup sihat,“ katanya.

Tunku Ismail diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru dan merupakan putera sulung daripada enam orang adik-beradik kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Baginda diijab kabul dengan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor di Istana Bukit Serene, di sini, pada 24 Okt 2014 dengan pasangan diraja itu dikurniakan empat cahaya mata. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings