the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB: Kerajaan Terengganu sentiasa jalin hubungan baik dengan Persekutuan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sentiasa menjalin hubungan dan kerjasama baik dengan Kerajaan Persekutuan serta menerima reaksi positif daripada kementerian termasuk pelbagai dana menerusi program berkaitan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar) berkata sejak hari pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (2018) hingga kini, jalinan hubungan baik dengan Persekutuan sering diutamakan dan menjadi pendekatan kerajaan negeri.

“Saya selalu tekankan kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya bertemu dan berbincang dengan kementerian berkaitan dengan portfolio masing-masing demi kebaikan rakyat Terengganu.

“Jadi, ini secara berterusan dan Alhamdulillah respons daripada rakan-rakan di kementerian sangat baik dan ada perkara yang telah kita mampu capai serta peroleh dana daripada program bersama dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sewaktu Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Ke-15 bertitah mahu kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensif merancang pengurusan kewangan yang efektif dalam menghadapi cabaran ekonomi kini, antaranya dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Baginda bertitah melalui jalinan kerjasama bersama Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri perlu menyusun strategi jangka pendek, sederhana dan panjang secara komprehensif bersama jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri tersebut.

Titah baginda, kerjasama tersebut merangkumi perancangan cadangan projek-projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan berakhir pada 2025 dan ia hendaklah diteruskan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan bermula pada 2026.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings