the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menara Condong Teluk Intan dinaik taraf akhir tahun ini

IPOH: Kerja-kerja menaik taraf ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan akan bermula menjelang akhir tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.

Loh berkata proses menaik taraf bangunan warisan itu meliputi pelbagai proses dan peruntukannya dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Kerja-kerja naik taraf akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dibantu beberapa pihak berwajib termasuk Majlis Perbandaran Teluk Intan.

“Skop naik taraf bangunan warisan ini juga akan melibatkan pembaikan struktur kayu bangunan, penyelenggaraan jam dan aksesori berkaitan, pendawaian elektrik dan pencahayaan serta sistem perparitan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 21 Ogos tahun lepas, Yang Dipertua MPTI Zairul Akmal Kasim memaklumkan sebanyak RM4 juta diperuntukkan oleh MOTAC untuk kerja menaik taraf bangunan itu.

Sementara itu, Loh berkata kerja-kerja menaik taraf bangunan ikonik itu juga dijangka mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.

“Dalam tempoh itu, ia akan ditutup daripada menerima kunjungan orang ramai. Proses menaik taraf bangunan ini juga memerlukan sedikit masa kerana kajian terperinci perlu dilakukan membabitkan penggantian bahan bersesuaian untuk struktur binaan asal menara itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Loh berkata beberapa lokasi sekitar daerah Kinta dijangka menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Perak 2024 (TMP 2024).

Beliau optimis sasaran lapan juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong asing sempena TMP 2024 berjaya dicapai.

“Saya fikir lokasi seperti gua batu kapur sekitar Ipoh selain bangunan warisan seperti di Taiping dan Teluk Intan juga akan menarik kedatangan pelancong.

“Kita harapkan produk pelancongan yang ditawarkan ini mampu memberi peluang kepada pelancong untuk mengetahui secara lebih dekat mengenai Perak,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings