the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohd Na’im: Jakim tidak pernah iktiraf mana-mana pakej perkhidmatan ‘kahwin di Thailand’

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah memberi sebarang pengiktirafan kepada mana-mana pihak untuk menawarkan pakej perkhidmatan perkahwinan di Thailand, seperti yang diiklankan di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (gambar) sebaliknya berkata dakwaan yang mengaitkan JAKIM itu palsu, kerana ia jelas bertentangan dengan peranan JAKIM dalam memastikan masyarakat Islam mematuhi hukum dan undang-undang.

“Contohnya kalau kahwin poligami dilakukan di Thailand ikut pakej, jadi status perkahwinan itu mungkin diragui sama ada sah atau tidak.

“Betul, peraturan dalam undang-undang membenarkan pasangan yang nikah di Thailand, apabila mereka balik semula perlu daftarkan ke dalam negara (pejabat agama)…tetapi harus diingat, terdapat peruntukan di bawah Seksyen 12 (2) yang dibaca bersama Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan terdapat beberapa pihak tidak bertanggung jawab mengiklankan di Facebook pakej perkhidmatan perkahwinan di Thailand, dengan meletakkan di dalam iklan tersebut antaranya ‘diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia’.

Mohd Na’im ditemui selepas menghadiri program edaran pek juadah berbuka puasa kepada kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di Wisma Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata bagi kedua-dua kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Mohd Na’im meluangkan masa kira-kira 20 minit beramah mesra dengan kakitangan Bernama, sebelum mengedarkan pek juadah berbuka puasa kepada pengarang dan wartawan yang bertugas hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Nasriah Darus. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings