the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MOM minta flag football bentang peta hala tuju ke LA28

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meminta agar sukan flag football (varian bola sepak Amerika) untuk membentangkan peta hala tuju jika berhasrat untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (gambar) berkata Persatuan American Football Malaysia (MAFA) perlu mempunyai perancangan rapi dari segi pembangunan akar umbi hingga ke prestasi tinggi supaya pihaknya dapat membuat penilaian.

“Apa sahaja yang kita buat, mesti ada roadmap. Ia harus dibentangkan kepada MOM dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) supaya kita dapat menilai di mana (tahap) mereka dan apa bantuan yang diperlukan.

“Dari segi bantuan itu saya rasa mereka bertanggungjawab memastikan dapat berada di peta dunia. Macam squasy, kita dah tahu kebanyakannya adalah 20 teratas, nak tahu roadmap nak pergi ke LA sudah jelas,” katanya apabila diminta mengulas mengenai sokongan bagi sukan itu ke LA28 memandangkan MAFA bukan ahli gabungan MOM.

Mohamad Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pengerusi Yayasan Astro Kasih Tun Zaki Azmi melibatkan kerjasama dalam Astro Kem Badminton untuk tahun depan.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada bulan lepas meluluskan kemasukan lima sukan ke LA28, iaitu flag football dan skuasy yang bakal membuat debut di Sukan Olimpik, manakala kriket (T20), lacrosse dan besbol/sofbol kembali di pertandingkan di temasya sukan terbesar dunia itu.

Bagi Persatuan Kriket Malaysia (MCA) yang merupakan ahli gabungan MOM, Mohamad Norza berkata mereka juga harus tampil membentangkan perancangan dan persediaan mereka menghadapi Sukan Olimpik.

Sementara itu, Mohamad Norza mengulangi pendiriannya bahawa Pesuruhjaya Sukan (PJS) Suhardi Alias perlu memberi penjelasan mengenai ugutannya untuk membatalkan pendaftaran MOM.

“Saya berharap bahawa kita mempunyai PJS yang menghimpunankan sukan…jadilah pemantau dan bukan sengaja mencari kesalahan. Saya mahu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memandang serius perkara ini,” katanya.

Kemelut antara MOM dan Suhardi bermula selepas klip audio ketika pertemuan PJS dengan dua badan e-sukan iaitu Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dan Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia (MEGA) tersebar, dengan Suhardi didakwa mengugut membatalkan pendaftaran MOM. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

SUNeVision passes continuing connected transactions resolutions at EGM; shares strategic updates on MEGA IDC...

SUNeVision received independent shareholder approval for its continuing connected transactions at its EGM and shared progress on MEGA IDC. A major customer commitment is expected to boost occupancy, while development of Phases Two and Three has been accelerated to meet growing AI and cloud demand.

Wesley Methodist School Kuala Lumpur (International) brought together youth from ASEAN, China and Russia...

Wesley Methodist School Kuala Lumpur (International) hosted the Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Remaja ASEAN, China dan Rusia 2026, bringing together students from six countries to promote cultural exchange, international friendship, and mutual understanding through poetry, education, and artistic expression.

Advances in AI adoption and data-driven capabilities accelerate in the Philippines, but talent gaps...

Aon's inaugural Human Capital Trends Study shows Philippine organisations are accelerating AI adoption and workforce upskilling. However, shortages of AI talent, limited pay transparency, and gaps between employee expectations and workplace experience continue to challenge long-term workforce growth and organisational performance.

Taiwan International Plant-Based Festival launches in Singapore: High-end culinary partnerships and diplomatic exhibitions shape...

The Taiwan International Plant-Based Festival has launched in Singapore, promoting premium Taiwanese produce through luxury dining collaborations, diplomatic exhibitions, and sustainability-focused branding. The initiative aims to strengthen Taiwan's agricultural exports, enhance brand recognition, and expand opportunities across Southeast Asia's premium food market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings