the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Selamat 22: 41 pegawai, 454 anggota polis Terengganu digerakkan

KUALA BERANG: Seramai 41 pegawai dan 454 anggota polis Kontinjen Terengganu digerakkan untuk menjayakan Op Selamat 22 sempena Aidilfitri bermula hari ini sehingga 13 April ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan (gambar) berkata pasukan itu melibatkan gabungan jabatan Kontinjen Terengganu yang akan menumpu kepada pencegahan jenayah pecah rumah, mengurangkan kadar kemalangan dan memastikan kelancaran trafik.

Sementara itu, Mazli berkata pihaknya telah mengenal pasti 34 lokasi titik panas kemalangan di negeri itu membabitkan 30 jalan persekutuan dan empat Jalan negeri.

“Selain itu, aliran trafik dijangka bertambah sesak empat kali ganda berbanding hari biasa sepanjang pelaksanaan operasi ini, melibatkan antaranya laluan di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kelulut) di Marang dan Jalan Cukai-Air Putih, di Kemaman,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri peringkat Terengganu di Plaza Tol Ajil, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini hari ini.

Pada masa sama, Mazli turut menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya memaklumkan kepada polis agar pemantauan boleh dilakukan di kawasan kediaman mereka.

“Orang ramai boleh dapatkan borang balik kampung melalui portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau dapatkannya di balai berdekatan. Selain itu, boleh muat turun aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan isi maklumat yang diperlukan untuk mudahkan polis buat rondaan dan pengawasan di rumah anda,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings