the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PBAPP: Kerja pemulihan air peringkat 1 bermula 6.01 pagi esok

KEPALA BATAS: Kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1.2 meter (m) yang bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua berjalan mengikut jadual dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjangkakan kerja pemulihan bekalan air peringkat pertama dilakukan seperti dirancang iaitu mulai 6.01 pagi esok.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan (gambar) berkata kerja penggantian dua injap itu telah mencapai kemajuan masing-masing 60 peratus dan 30 peratus.

“Buat masa ini, sasaran PBAPP tidak berubah. Kami sedang bertungkus lumus menyiapkan semua kerja seperti yang dijadualkan, selewat-lewatnya pada 6 pagi esok (11 Jan) termasuk kerja-kerja respons kecemasan Sungai Perai.

“Kami masih merancang untuk memulakan kerja pemulihan bekalan air peringkat satu seperti yang dirancang, mulai 6.01 pagi esok. PBAPP akan bekerja sepanjang malam dan awal pagi seperti yang diperlukan,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata apabila PBAPP menutup bekalan air pagi tadi, penurunan tekanan air telah menyebabkan pengapit yang dipasang di bahagian bocor pada paip bawah air 1.35 cm di Sungai Perai pada Disember 2023 telah tercabut.

Beliau berkata bagaimanapun, PBAPP telah menjangkakan perkara itu dan mengerahkan satu pasukan yang terdiri daripada 16 penyelam komersial untuk memasang pengapit yang lebih selamat pada bahagian yang lebih besar daripada saluran paip yang bocor.

“Setakat ini, kerja-kerja di Sungai Perai berada pada tahap 50 peratus siap dan PBAPP berharap dapat disiapkan sepenuhnya pada 6 pagi esok,“ katanya.

Beliau berkata Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP telah memberi arahan untuk membina paip “S-Bend” di Sungai Perai bagi menyelesaikan masalah ini, namun kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil masa dalam lima hingga lapan bulan kerana perlu mendapatkan kelulusan pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran.

Sementara itu, Pathmanathan berkata PBAPP telah meluluskan sejumlah RM180 juta untuk melaksanakan kira-kira 76 projek yang melibatkan kerja-kerja penggantian dan penyelenggaraan di seluruh negeri yang akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

“Kerja-kerja ini akan melibatkan banyak pengorekan jalan kerana rantaian paip kami berada di bawah jalan, oleh itu penggantian paip perlu dana yang besar kerana separuh daripada kos kami adalah untuk pembaikan jalan selepas dikorek.

“Keseluruhannya, kami anggarkan kos yang diperlukan untuk penggantian paip sepanjang 1,200 km ialah RM2.2 bilion,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings