the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM telah dimaklumkan penahanan seorang lelaki di Norway

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dimaklumkan oleh pasukan keselamatan Norway berhubung penahanan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia di Oslo, Norway kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengintipan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar).

Beliau berkata PDRM akan meneliti setiap maklumat diterima dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu pasukan keselamatan negara itu menjalankan siasatan.

“Saya telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) tengah hari semalam berkenaan latar belakang kes itu, tapi kami masih lagi menunggu maklumat lengkap

Maksudnya pasukan keselamatan Norway telah memaklumkan pasukan keselamatan kita status individu berkenaan, latar belakang dan segala bukti-bukti yang mereka pilih untuk berkongsi dengan kita,“ katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia 2023, di sini hari ini.

Beliau berkata PDRM akan menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam membantu siasatan kes itu bagi menjaga hubungan antara Malaysia dan Norway.

“Kami telah terima pemakluman, PDRM sedang jalankan penelitian, tentu kita akan gunakan seluruh kaedah sesuai dengan hubungan kedua negara ini. Ia sensitif dari sudut amalan pengintipan, polis masih lagi meneliti,“ katanya.

Rabu lepas, Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan di Norway.

Agensi media antarabangsa melaporkan seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun di Norway ditahan pihak berkuasa tempatan kerana didakwa mengintip termasuk mencuri dengar secara haram menerusi pelbagai peranti teknikal.

Menurut laporan itu, agensi perisikan polis Norway dikenali sebagai PST mendakwa lelaki berkenaan cuba mengintip pejabat perdana menteri, Kementerian Pertahanan dan pejabat kerajaan lain di Oslo.

PST memberitahu Norwegian Broadcasting (NRK) bahawa lelaki itu yang ditahan Jumaat lepas sudah didakwa di mahkamah berikutan tindakannya melakukan operasi pengintipan dan risikan terhadap negara berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings