the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket

KUALA LUMPUR: Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam kerana khuatir dengan keselamatan diri, pekerja atau premis mereka jika membuat aduan.

“Kita merayu, buatlah laporan kepada polis atau KPDN kerana tujuan kita untuk meningkatkan penguatkuasaan dan tangkapan kes penyeludupan diesel ini.

“Kes penyeludupan diesel yang berleluasa sebelum ini perlu dikekang, jadi kita perlu mendapatkan maklumat,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024 sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) di sini hari ini.

Armizan memohon semua pihak terlibat memberikan kerjasama kerana ketirisan subsidi diesel oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan sabotaj terhadap usaha kerajaan meringankan kos sara hidup rakyat menerusi pemberian subsidi bahan api itu.

Pada Selasa lepas, media melaporkan Armizan sebagai berkata terdapat pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket penyeludupan jika tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.

Hari ini, beliau mengesahkan ada pemilik stesen minyak membuat laporan mendakwa mereka diancam sindiket tersebut dengan mengugut mahu membakar atau merosakkan fasiliti di stesen minyak terlibat.

Selain KPDN, terdapat laporan dibuat kepada polis dan Armizan berkata pihaknya sedang mengumpulkan laporan supaya siasatan serta tindakan dapat diambil terhadap pihak terlibat.

Dalam perkembangan lain, Armizan berkata Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO) telah menawarkan pengecualian fi bagi Perkhidmatan Pendapat dan Carian Awal (PCA) bagi cap dagangan untuk tempoh 24 April hingga 23 Mei ini.

Keputusan itu dibuat dengan tujuan menggalakkan lebih banyak pendaftaran cap dagangan selain untuk memberi peluang kepada lebih ramai usahawan melindungi hak harta intelek mereka.

“Langkah ini bersesuaian kepada mereka yang ingin membuat carian harta intelek kerana kebiasaannya fi yang dikenakan ialah RM250, tetapi dalam tempoh sebulan ini kita buka secara percuma bagi menggalakkan mereka mendaftarkan harta intelek masing-masing,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings