the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis N.Sembilan lupus dadah bernilai hampir RM500,000

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM499,611.23 yang dirampas dari 2012 hingga 2022 di seluruh negeri itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof (gambar) berkata ia membabitkan 36,445.41 gram dadah termasuk heroin, methamphetamine, ganja dan ketamin selain 47.3 liter kodien, 586 kilogram daun ketum serta 2,326 liter air ketum.

“Barang kes yang dilupuskan ini merupakan barang kes yang selesai dibicarakan dan masih disimpan di stor eksibit di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di seluruh daerah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Okt lepas, sejumlah 5,732 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan dadah termasuk di bawah Seksyen 39B, 39A (2), 39A (1) dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ahmad Dzaffir berkata pihaknya komited membanteras penyalahgunaan bahan terlarang itu dan memfokuskan tangkapan pengedar yang bergiat aktif di negeri ini, selain melumpuhkan ekonomi mereka dengan menyita aset yang dimiliki melalui aktiviti menyalahi undang-undang.

Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat dalam usaha menghapuskan aktiviti itu dan menasihatkan masyarakat lebih prihatin dengan keadaan sekeliling bagi mencegah sebarang kesalahan berkaitan dadah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img