the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rangka manusia ditemukan di bawah jambatan di Putra Height

KUALA LUMPUR: Satu rangka manusia yang lengkap berkemeja-T biru, bersinglet putih dan berseluar jeans biru ditemukan di kawasan belukar di bawah jambatan Jalan Persiaran Putra, Putra Height, Subang Jaya, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan penemuan rangka dipercayai lelaki warga Indonesia itu daripada pekerja yang menjalankan kerja-kerja penyelengaraan sistem LRT di substesen Putra Height pada 12.15 tengah hari.

“Pemeriksaan pada bahagian seluar telah menjumpai satu dompet yang mengandungi dua keping kad pengenalan diri warga Indonesia. Nama yang tertera ialah Riki Mandaguna, berusia 40 tahun dan beralamat di Kota Samarinda, Kisaran, Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata satu beg galas hitam turut dijumpai bersebelahan si mati yang mengandungi barang-barang keperluan diri seperti pakaian, disyaki milik si mati.

“Hasil siasatan di tempat kejadian, mendapati berkemungkinan semasa kejadian (mangsa mati) di antara tiga hingga enam minggu lepas,” katanya.

Beliau berkata rangka tersebut telah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Serdang bagi tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menyalurkannya kepada Sarjan Ruzaizi A Ghani di talian 017-6762338 atau menghubungi Balai Polis Putra Height di talian 03-5191374,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Azlan berkata polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun kerana disyaki mencuri dua tumbler Starbucks bernilai RM500 di sebuah pasar raya di Subang jaya, semalam.

Katanya hasil soal siasat mendapati suspek juga disyaki terlibat dalam kes mencuri baju sukan bernilai RM2,060 di pasar raya yang sama pada 15 Okt lepas, pada kira-kira 10 pagi selain memiliki satu rekod lampau kes curi.

Wan Azlan berkata susulan tangkapan itu, pihaknya merampas 26 helai baju serta 10 helai seluar sukan berjenama Nike dan Adidas di kediaman suspek di Bandar Sunway dan suspek kini direman sehingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kami juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah tersebut supaya tampil memberi kerjasama dengan menghubungi nombor 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya),” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings