the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Runtuhan gudang: Lima pekerja asing tiada caruman Perkeso, majikan berdepan tindakan

KUALA LUMPUR: Lima pekerja asing yang terlibat dalam insiden runtuhan di tapak pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam Selasa lepas didapati ada yang tidak mempunyai rekod caruman dan pendaftaran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (gambar) berkata hasil semakan yang dilakukan oleh kementerian itu mendapati empat daripada mereka, masing-masing dua yang maut dan dua mengalami cedera parah dalam kejadian berkenaan mempunyai rekod pendaftaran dengan Perkeso.

“Bagaimanapun tiada sebarang caruman dilakukan sejak diambil bekerja antara 2020 hingga Julai 2023, manakala seorang lagi mangsa yang maut tidak mempunyai sebarang rekod pendaftaran dan caruman dengan Perkeso,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semua pekerja asing termasuk yang berkhidmat sebagai buruh di sektor pembinaan diwajibkan untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso, berkuat kuasa sepenuhnya 1 Jan 2020 dan kegagalan majikan berbuat demikian jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 94, Akta 4 yang membawa hukuman denda RM10,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, katanya.

Sementara itu, Sivakumar berkata berdasarkan perangkaan setakat 31 Okt lepas, lebih 1.88 juta pekerja asing dilindungi menerusi Skim Perlindungan Bencana Kerja mengikut Akta 4, dengan 4,566 insiden kemalangan membabitkan pekerja asing dilaporkan ke Perkeso.

“Bagaimanapun, jumlah liputan caruman bagi pekerja asing berbanding kemasukan tenaga buruh luar ke Malaysia menunjukkan masih ada segelintir majikan yang ingkar dalam mematuhi peruntukan Akta 4,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Selasa, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh maut manakala dua lagi dilaporkan parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh.

Tapak binaan gudang logistik itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang meletak kenderaan dan gudang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings