the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabitan, hukuman terhadap mudir madrasah lakukan kelucahan melampau dikekalkan

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 13 bulan terhadap seorang mudir sebuah madrasah di Machang atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul seorang lelaki di sebuah hotel, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Syamsul Zaman Sukri, 35, atas alasan kesemua tujuh isu yang dibangkitkan perayu tidak boleh diterima.

“Mahkamah Tinggi mendapati hukuman dan sabitan daripada Mahkamah Majistret pada 9 Mac lepas adalah tepat dan memadai berdasarkan kepada alasan penghakiman dan nota keterangan.

“Oleh itu, mahkamah memutuskan sabitan dan hukuman dikekalkan iaitu perayu perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan bermula hari ini,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah hotel di sini, kira-kira 1.15 pagi, 16 Dis 2020.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad ‘Adha’Amir Yasser Amri. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DBKL to acquire land to resolve Taman Datuk Senu access road issue

Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Fadlun Mak Ujud said checks found that no land acquisition had ever been carried out in the area, resulting in the road, which has long been used by the public, actually being located on private land.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings