the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

“Sahabat saya sudah tiada” – Pelatih anjing pengesan

SERIAN: Cliff iaitu anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang mati akibat barah pada 25 Dis lepas, merupakan rakan seperjuangan yang setia dalam menjalankan tugas.

Jasad anjing baka English Springer Spaniel dari Britain yang dilahirkan pada 1 Januari 2016 itu telah ditanam di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian di sini hari ini.

Mengenang kembali memori bersama, pelatihnya Steven Ambu, 47, yang telah bersama Cliff sejak 2018 menyifatkan anjing itu sebagai pintar dan patuh kepada arahan.

Beliau berkata anjing daripada disiplin Cadaver yang memiliki kepakaran mengesan mayat atau orang hilang itu juga sangat peramah.

“Banyak kenangan yang saya lalui bersama Cliff. Haiwan ini mempunyai karakter yang hiper dan sangat mesra,” katanya yang kelihatan sebak kepada pemberita selepas proses pengebumian itu.

Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata kehilangan Cliff yang telah bersama pasukannya hampir tujuh tahun itu ialah satu kehilangan yang besar.

“Setiap kali kita lakukan sesuatu operasi, Cliff sentiasa ke hadapan dan kesungguhan haiwan ini kita boleh lihat. Cliff juga mampu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Sarawak dengan sangat baik.

“Kadang-kadang ada operasi yang mengambil masa dua ke tiga jam sehingga sampai ke kawasan Miri dan Baram juga kita masih boleh bawa Cliff untuk menaiki helikopter,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings