the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud, pada Januari 2010, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pertemuan Najib dan delegasi Malaysia bersama Raja Abdullah di Riyadh dan anggota delegasi berkenaan terdiri daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman dan bekas duta Malaysia ke Arab Saudi, Profesor Datuk Syed Omar Alsagoff.

Saksi ke-49 pendakwaan, Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin, 37, yang juga pegawai penyiasat kes Najib melibatkan penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkata beliau tidak merekodkan kenyataan daripada menteri yang menghadiri pertemuan tersebut kerana isu berkenaan tidak pernah timbul.

Menurutnya, Najib tidak mendedahkan perkara itu apabila dipanggil SRM untuk direkodkan kenyataan pada 2018.

“Tidak ada isu (berhubung tidak merekodkan kenyataan menteri Kabinet) kerana pernyataan Najib kepada SPRM juga tidak menyebut mengenainya. Isu ini hanya timbul ketika perbicaraan SRC,” katanya ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.

Saksi itu berkata butiran terperinci mengenai pertemuan bersama Almarhum Raja Abdullah sepatutnya dimaklumkan sendiri oleh Najib kepada pegawai penyiasat ketika beliau dipanggil memberi keterangan kepada SPRM untuk membela dirinya.

Najib, melalui pembelaannya sebelum ini dalam kes penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhdmendakwa beliau percaya wang yang diterima dalam akaunnya adalah derma daripada Arab Saudi berikutan pertemuannya dengan Raja Abdullah di Riyadh bersama beberapa orang menteri.

Sewaktu perbicaraan kes Najib berhubung SRC pada Februari 2020, Jamil Khir memberikan keterangan bahawa kerajaan Malaysia melalui Najib memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.

Menurut Jamil Khir, beliau tahu mengenai permohonan itu tetapi perkara berkenaan tidak dibincangkan di peringkat Kabinet kerana tidak termasuk dalam urusan pentadbiran.

Bekas menteri itu berkata sumbangan daripada Arab Saudi berkenaan tidak dibincangkan secara umum kerana ia diberikan kepada Najib secara peribadi.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings