the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor KUIJSI

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada Majlis Konvokesyen KUIJSI ke-21, di sini.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi Baginda hari ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani pula dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor, pada majlis sama.

Hantaran itu memaklumkan majlis yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, turut menyaksikan pemasyhuran naik taraf Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai KUIJSI yang turut disempurnakan Sultan Ibrahim.

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Canselor kepada Nurul Shafiqah Mohd Azman.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam ucapan pada majlis itu berkata negeri itu sangat bertuah kerana bernaung di bawah Sultan Ibrahim yang sentiasa meletakkan keutamaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negeri.

“Kesultanan Johor seawal 1902 telah menitikberatkan pendidikan termasuk pendidikan agama. Pada tahun 1902, peraturan telah dikeluarkan dengan mewajibkan pendidikan diberikan kepada kanak-kanak seawal usia tujuh tahun.

“Selain itu, Kesultanan Johor memandang bahawa Pendidikan Islam bukanlah hanya bersifat keagamaan semata-mata tetapi juga meliputi keseluruhan aspek kehidupan,” kata Onn Hafiz.

Pada majlis yang sama, 508 graduan menerima sijil diploma. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings