the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tahanan wanita mati dalam lokap di Langkawi kerana radang paru-paru

KUALA LUMPUR: Wanita yang dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan reman polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, Kedah, kelmarin, disahkan disebabkan radang paru-paru (pneumonia) dan tiada sebarang kecederaan berunsur jenayah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad (gambar) berkata doktor mengesahkan punca kematian wanita berusia 34 tahun itu adalah disebabkan pneumonia dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, proses bedah siasat dan ujian pengesanan COVID-19 terhadap orang kena tahan (OKT) berkenaan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.

“Bagaimanapun, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Koroner,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita berkenaan sebelum ini direman sejak Selasa lepas di lokap Balai Polis Kuah, IPD Langkawi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1852.

Dia kemudian mengadu tidak sihat pada malam 15 Dis dan dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi serta ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Namun wanita itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.30 pagi keesokannya dan mayatnya dibawa ke di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings