the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wisma Putra: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam pengeboman di Iran

PUTRAJAYA: Setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam tragedi pengeboman di Kerman Cemetary di bandar Kerman pada Rabu ( 3 Jan) yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang dan beratus-ratus lagi cedera, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.

“Rakyat Malaysia di Iran, khususnya yang berada di bandar Kerman dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan semasa, mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan oleh pihak berkuasa tempatan,“ menurut Wisma Putra.

Kedutaan Malaysia di Tehran boleh dihubungi di No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St, Shahrak-e-Gharb atau telefon (+98 21 880724444 atau +98 21 88078606) dan menerusi e-mel di [email protected] atau [email protected].

Menurut Wisma Putra, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pengeboman itu dan menolak sebarang tindakan ganas dan aktiviti keganasan sambil menggesa supaya mereka yang terlibat segera dibawa ke muka pengadilan.

“Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini serta kepada kerajaan dan rakyat Iran. Malaysia turut mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh,” menurut kenyataan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings