the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Kertas Kabinet mengenai isu pekebun kecil getah sedang disediakan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang menyiapkan kertas Kabinet bagi mengatasi pelbagai permasalahan yang melanda pekebun kecil getah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata antara isu yang akan dibangkitkan dalam kertas Kabinet berkenaan adalah seperti penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP), kekurangan tenaga kerja serta kawasan-kawasan tanaman getah yang tidak ditoreh di seluruh negara.

“Terdapat kira-kira 420,000 hektar (tanaman getah) yang tidak ditoreh. Saya juga bertemu dengan persatuan pekebun-pekebun kecil dan kami bincang beberapa kaedah baharu cara untuk mengatasinya termasuk berkenaan soal harga lantai getah.

“Walaupun kerajaan telah meningkatkan harga lantai getah dengan lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, saya fikir kita harus lakukan sesuatu kerana lateks sahaja yang diimport mencecah RM6 bilion setahun, sedangkan kita merupakan pengeluar getah asli yang terbesar,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut berpendapat pendekatan teknologi dan pemasaran baharu perlu dilakukan agar pembelaan terhadap nasib pekebun kecil getah di negara ini dapat dibantu.

Terdahulu, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mencelah meminta kerajaan mengambil pendekatan khusus supaya hasil dan keperluan getah negara dapat dicapai sewajarnya memandangkan terdapat segelintir pekebun kecil yang terpaksa menebang pokok getah serta menanam tumbuhan lain apabila penyakit LDP menyerang ladang mereka.

Ahmad Zahid berkata seluas 63,239.80 hektar kebun milik pekebun kecil di seluruh negara dikenal pasti dijangkiti penyakit LDP di seluruh negara.

“Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah berperanan melaksanakan program rawatan dan pencegahan penyakit LDP dengan kaedah semburan bahan kimia dalam empat pusingan setahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sentiasa mendukung tatakelola atau tadbir urus baik dengan berpaksikan kepada kerajaan yang memerintah dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan golongan sasar terutama di kawasan desa.

“Dalam hal ini, kami bertindak secara profesional dan kami tahu bahawa yang penting ialah fokus kepada pembangunan minda, akhlak dan pendidikan agama kepada anak-anak ini yang berada di peringkat prasekolah sama ada tabika atau taska,” katanya menjawab dakwaan Kemas digunakan untuk tujuan politik.

Berhubung isu rungutan peneroka Felda terhadap kadar potongan hutang ladang yang terlampau tinggi, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi bagi membincangkan perkara itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings