the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

BAGAN DATUK: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Model Pengeluaran Getah Negara (Petara).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Petara, merupakan model hala tuju baharu RISDA dalam usaha memastikan sektor getah menuju kelestarian melalui Aspirasi Desa MADANI, yang diperkenalkan kerajaan.

“Ia bertujuan melakukan pengeluaran semula hasil getah, kita bincang untuk tambah pendapatan pekebun kecil getah melalui 257,000 hektar tanah, yang tidak digunakan atau tidak digunakan sepenuhnya kerana tidak cukup pekerja di seluruh negara,” katanya selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi RISDA Manndzri Nasib.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata Melalui program itu RISDA akan mencari mekanisme baharu bagaimana penghasilan getah dapat dipertingkat termasuk mencari penyelesaian mencari tenaga kerja menggantikan pekebun yang kebanyakannya telah berusia.

Beliau berkata selain itu RISDA juga akan mengkaji alternatif produk tanaman lain, selain getah yang berpotensi menjana pendapatan kepada pekebun kecil getah.

“Melalui model ini (Petara) kita jangkakan hasil pulangan akan dapat dalam masa setahun sehingga tiga tahun, iaitu satu tempoh yang cepat bagi memastikan hasil kepada pekebun kecil getah,” katanya.

Sementara itu dalam majlis sama Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial RISDA, kepada enam pusat pendidikan di Bagan Datuk berjumlah RM50,000.

Turut menerima sumbangan ialah 1,500 asnaf dari Parlimen Bagan Datuk. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Long Lellang helicopter crash report to be presented to Cabinet tomorrow

The preliminary investigation report into the helicopter crash in Long Lellang, Sarawak, which claimed five lives last month, is expected to be presented to the Cabinet tomorrow (Oct 16).

Mesra Run 2.0 draws 2,000 participants in Terengganu despite haze

Mesra Run 2.0 attracted 2,000 participants on Oct 10, double the approximately 1,000 who took part in its inaugural edition last year, despite route changes due to hazy conditions.

Most Viewed

spot_img