KUALA LUMPUR: Sebanyak 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa, 9 Ogos ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi laman Facebook rasmi hari ini memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan itu akan bermula pada 9 pagi dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 1 pagi, 11 Ogos.

“Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” menurut Air Selangor.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual boleh didapati di pautan .

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image