the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Permohonan gantung pindah milik tanah kepada Semantan Estate didengar 12 Sept

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Permohonan kerajaan bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya memindah milik tanah seluas 106.542 hektar di Mukim Batu di sini kepada Semantan Estate Sdn Bhd (SESB) akan didengar pada 12 Sept ini.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada jam 10 pagi.

Pada 8 Ogos lepas, kerajaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya untuk memindah milik tanah berkenaan kepada Semantan Estate.

Tanah tersebut terletak di lokasi utama Jalan Duta menempatkan antaranya beberapa bangunan kerajaan, Stadium Hoki Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Pada 7 Ogos, Ahmad Shahrir memerintahkan kerajaan memindah milik tanah berkenaan kepada Semantan Estate selepas membenarkan saman pemula syarikat itu terhadap Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan selaku defendan.

Beliau juga menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu cadangan penyelesaian oleh kerajaan berhubung pertikaian tanah berkenaan.

Ahmad Shahrir memerintahkan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan syarat yang diminta dalam tempoh tiga bulan bermula 7 Ogos selain memerintahkan kerajaan membayar kos RM50,000.

Hakim itu turut memerintahkan defendan agar mendaftarkan plaintif (Semantan Estate) sebagai pemilik tanah melaksanakan semua surat cara pindah milik serta mengeluarkan dokumen hak milik tanah tanpa bebanan dan liabiliti atas nama plaintif.

Pada 2003, Semantan Estate memfailkan saman terhadap kerajaan atas dakwaan pencerobohan yang berpunca daripada pengambilan tanah secara tidak sah daripada syarikat itu.

Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa Semantan Estate mengekalkan kepentingan benefisialnya terhadap tanah seluas 106.542 hektar itu yang telah diambil alih oleh kerajaan secara tidak sah serta melakukan pencerobohan ke atas tanah terbabit.

Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan namun ditolak pada 18 Mei 2012 dan pada 21 Nov 2012, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan bagi kebenaran merayu keputusan itu.

Pada 2018, Mahkamah Persekutuan sekali lagi menolak permohonan kerajaan untuk menyemak semula keputusannya sebelum ini.

Semantan Estate memfailkan saman pemula terhadap Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan pada Februari 2017 untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2009.

Kerajaan juga telah mencadangkan penyelesaian berhubung pertikaian tanah itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

Most Viewed

spot_img