Thursday, October 30, 2025
29.3 C
Malaysia
spot_img

2 pensyarah dan pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu

Bernama

3 individu termasuk dua pensyarah UniMAP didakwa kemuka dokumen palsu berkaitan pembekalan perisian bernilai RM490,000 di mahkamah.

KANGAR: Dua pensyarah sebuah universiti bersama seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu.

Mereka dituduh mengemukakan dokumen palsu berhubung pembekalan perisian serta perkhidmatan berkaitan berjumlah RM490,000 empat tahun lepas.

Anuar Mat Safar, 54, dan Shahrul Nizam Yaakob, 45, yang bertugas di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta Jonathan Wee Heng Chye, 51, menghadapi pertuduhan tersebut.

Ketiga-tiga tertuduh dituduh dengan niat memberikan dokumen mengandungi butiran palsu kepada Penolong Akauntan Jabatan Bendahari UniMAP.

Dokumen terbabit merupakan Invois Syarikat Interstream Sdn Bhd berkaitan pembekalan perisian blockchain integrity platform E-verifikasi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, UniMAP antara 24 Disember 2020 hingga 17 Februari 2021.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kesalahan itu boleh dihukum dengan penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Perlis S. Sujatha.

Peguam Zuhair Ahmad Zakuan mewakili kedua-dua pensyarah terbabit manakala pemilik syarikat itu diwakili oleh Shahidah Muslimah Roslan.

Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi membenarkan Anuar dan Shahrul Nizam masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Jonathan Wee dikenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 9 Disember depan untuk serahan dokumen dalam kes tersebut.

BACA: Dua pegawai bank didakwa terima rasuah RM50,581 dan RM8,000 di Melaka

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Seaweed startup Uluu attracts $13.6M to scale world-first plastic alternative

Uluu, an Australian startup transforming seaweed into a natural plastic alternative, has secured $13.6 million in Series A funding led by Burda Principal Investments. The company plans to build a 10-tonne demonstration plant in Western Australia to scale production and deliver eco-friendly, compostable, and marine-biodegradable materials that could significantly reduce global carbon emissions.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img