Thursday, November 13, 2025
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

E-mel didedahkan kaitkan Trump dengan skandal Epstein

Ahli Demokrat dedah e-mel yang dakwa Trump mungkin tahu tentang penderaan gadis bawah umur oleh Jeffrey Epstein, timbulkan persoalan hubungan mereka

WASHINGTON: E-mel yang didedahkan oleh ahli Demokrat Dewan Perwakilan pada Rabu menunjukkan yang Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mungkin mengetahui tentang penderaan gadis bawah umur oleh pesalah jenayah seks Jeffrey Epstein, sekali gus menimbulkan persoalan baharu mengenai hubungan mereka, lapor Xinhua.

Ahli Demokrat turut mendedahkan mesej yang menunjukkan Epstein menulis kepada penulis Michael Wolff pada 2019 bahawa Trump “tahu tentang gadis-gadis itu”, satu frasa yang maksudnya tidak jelas.

Pendedahan itu mungkin membawa kepada undian untuk membenarkan pembukaan semua fail Epstein yang tidak diklasifikasikan, sekali gus menghidupkan semula skandal yang telah lama menjadi beban politik besar kepada Trump.

Trump secara konsisten menafikan mengetahui tentang jenayah Epstein, tetapi mengakui yang mereka pernah bersahabat tetapi hubungan itu terputus akibat perselisihan faham, beberapa tahun sebelum Epstein membunuh diri dalam penjara pada  2019.

Trump menuduh parti Demokrat mendedahkan e-mel itu bagi mengalihkan perhatian daripada isu penutupan kerajaan, walaupun tinjauan menunjukkan lebih ramai rakyat Amerika menyalahkan parti Republikan.

“Demokrat cuba membangkitkan semula Penipuan Jeffrey Epstein kerana mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengalih perhatian daripada betapa teruknya mereka mengendalikan isu penutupan kerajaan dan banyak lagi perkara lain,” kata Trump di Truth Social pada Rabu.- Bernama – Xinhua

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories